Wednesday, July 8, 2015

Cara & Sifat Solat Rasulullah, Habib Ali Zainal Abidin


Takbir

Takbiratul Ihram mempunyai makna apabila seseorang mengangkat tangan keatas/mengangkat takbir. Maknanya ialah sebagai simbol bahawa kita melempar, membuang segala sesuatu yang ada didalam minda dan hati kita drpd perkara2 keduniaan kebelakang, selain drpd fokus kita kepada Allah SWT.

Posisi:
  1. Tapak tangan terbuka menghadap kiblah.
  2. Sejajar dengan cuping telinga.
  3. Diatas bahu.
  4. Dan memanjangkan sebutan takbir: Allahuakbar.

Berdiri

Posisi tangan:
Terdapat beberapa kaifiyah dari Ibnu Daud tentang posisi meletakkan tangan sewaktu berdiri,
  1. Diatas pusar, dibawah dada (Mazhab Imam Shafi'e).
  2. Dibawah pusar (Mazhab Imam Maliki, Imam Abu Hanifah).
  3. Tepat kepada dada, dilekatkan kedalam dada.


Posisi kaki:
  1. Tidak terlalu terbuka/lebar.
  2. Tidak terlalu rapat.

Mata
  1. Jika di Masjidil Haram, kita melihat pada Ka'bah. Jadi mata memandang dengan penuh mentakzimkan kpd Ka'bah. 
  2. Solat ditempat lain, mata melihat ketempat sujud.

Rukuk

Posisi telapak tangan:
  1. Tepat diatas lutut.
  2. Jari2 lurus kebawah.
  3. Kalau diangkat, menghadap ke kiblah.
Posisi badan:
  1. Posisi badan dan leher adalah sejajar.
  2. Badan datar dan rata. Sekiranya diletakkan barang diatas badan kita, tidak jatuh.
Posisi kaki:
  1. Tidak terlalu terbuka/lebar.
  2. Tidak terlalu rapat.
Bangkit dari rukuk:
  1. Baca Sami'Allahu liman hamidah bermula angkat tangan dari lutut sehingga habis angkat takbir.
  2. Kemudian tangan disunnahkan turun kebawah.
Sujud

Posisi kaki:
  1. Jari2 kaki atau batin jari2 (dalam jari) ditekan ke tanah dan menghadap ke kiblah.
  2. Afdal sekiranya semua jari kaki ditekan.
  3. Tetapi kalau tidak, walaupun satu jari sudah memadai utk mendapatkan sahnya as-sujud.
  4. Yang tidak boleh, zahir jari2 ditekan iaitu kuku yg ditekan ke tanah. 
 Posisi tangan:
  1. Menghadap kiblah.
  2. Berada di tanah.
  3. Sejajar dengan bahu.
Hidung:
  • Sunnah menyentuh tanah (mazhab Imam Shafi'e).
Dahi:
  1. Tidak boleh ada halangan (serban, songkok tidak boleh, kecuali sejadah).
  2. Menyentuh tanah.
Duduk 

Posisi duduk Jalasatul Iftiraj (Disunatkan pada tahiyyat awal, duduk antara dua sujud & duduk istirehat)
  1. Duduk diatas telapak kaki bahagian kiri.
  2. Kaki kanan berdiri tegak dan jari2nya tetap menghadap kearah kiblah.

Posisi duduk sewaktu duduk Tawarruk (Duduk yang diakhiri dengan salam)
  1. Kaki kiri masuk kedalam.
  2. Duduk dibahagian belakang terus diatas tanah.
  3. Kaki kanan berdiri tegak dan jari2nya tetap menghadap kearah kiblah.
 Posisi tangan dan jari (Tahiyyah awal & akhir)
  1. Jari2 kiri berada dibahagian lutut paha kiri.
  2. Jari2 kanan digenggam kecuali ibu jari dan jari telunjuk.
  3. Jari telunjuk diangkat apabila capai sebutan 'illallah' drpd bacaan 'asyhadu anla ilaha illallah'.
  4. Posisi ibu jari boleh menyentuh jari tengah, ataupun boleh menyentuh jari telunjuk.
  5. Jari telunjuk tidak terlalu tinggi diangkat, tidak terlalu rendah.

 Gerakan jari
  1. Riwayat 1: digerakkan. Maksud: menggerakkan sekali. (Mazhab Imam Shafi'e)
  2. Riwayat 2: tidak digerakkan. 
Salam
  1. Setelah sebutan 'kum' drpd 'Assalamualaikum', baru menoleh ke kanan.
  2. Kembalikan arah kepala ke kiblat semula.
  3. Setelah sebutan 'kum' drpd 'Assalamualaikum', baru menoleh ke kiri.
  4. Ataupun, dari kanan terus menoleh kekiri.
  5. Kepala tidak perlu digerakkan berkali2. Kerana jika bergerak lebih 3x, membatalkan solat. 
Tonton video disini:


No comments:

Post a Comment