Friday, February 20, 2015

Sifat pemurah - Syeikh Abdul Qadir Jailani

Mereka tunaikan hutang orang yang berhutang yang tiada kuasa untuk melunaskannya.

Mereka adalah raja-raja, bukan raja-raja dunia kerana raja-raja dunia itu mengambil dan tidak memberi, sedangkan kaum itu mengutamakan orang lain dan menunggu-nunggu orang yang tidak hadir.
Mereka mengambil dari tangan Allah bukan tangan makhluk.
Usaha anggota badan mereka untuk makhluk, sedangkan usaha hati mereka untuk mereka sendiri.
Mereka berinfak (memberikan harta) itu kerana Allah bukan kerana hawa nafsu, bukan kerana pujian dan sanjungan.

Tinggalkan kaum yang sombong terhadap Allah dan terhadap makhluk, kerana sombong itu termasuk sifat orang-orang pemaksa yang mana mereka dibenamkan ke dalam neraka jahanam. Apabila kamu marah kepada Allah maka kamu sombong kepada-Nya.

(Pesanan Syeikh Abdul Qadir Jailani)

Posted on by sitik